CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 3, 2008

Pengenalan

Budaya Melayu

Mengenal pasti takrif 'Budaya Melayu'
Sebelum kami bermula membincangkan tentang cara-cara mengekalkan budaya Melayu, kami harus terlebih dahulu sedia maklum dengan apa yang dimaksudkan dengan 'budaya Melayu'.
'Budaya' dalam Kamus Dewan (edisi keempat) didefinisikan sebagai 'tamadun' dan 'peradaban'. Kamus Dewan juga mendefinisikan budaya sebagai cara berfikir dan berkelakuan. Untuk memudahkan penjelasan budaya Melayu, saya menganggap budaya sebagai cara hidup orang ramai yang sudah diterima ahli masyarakat.

Asal-usul budaya Melayu
Budaya Melayu sudah dibentuk sejak beratus-ratus tahun dahulu. Budaya Melayu boleh dikatakan mula menyerlah pada zaman kesultanan Melaka. Tidak terlalu mikroskopik untuk saya menyatakan bahawa budaya Melayu sekarang, banyak diraih daripada cara hidup orang-orang Melayu di zaman dahulu, terutamanya waktu zaman kesultanan Melaka.

Latar Belakang
Budaya dapat dibahagikan kepada banyak bahagian. Contohnya, bahasa, tatatertib, nilai-nilai dan juga sastera. Makanan-makanan tradisional dan persembahan-persembahan yang berlandaskan ciri-ciri kemelayuan, juga boleh digolongkan dalam senarai budaya Melayu. Pendek kata, apa jua perkara yang berakarkan sifat-sifat kemelayuan boleh disifatkan sebagai budaya Melayu.

Dalam entri yang akan datang, saya akan menerangkan mengenai cara-cara mengekalkan budaya Melayu. Di dalam entri tersebut, saya akan terlebih dahulu membincangkan budaya apa yang kami praktikkan sekarang agar saya dapat membincangkan kemudian tentang cara-cara bagi mengekalkan budaya kami.

Setakat ini sahaja entri saya buat kali ini. Semoga berjumpa lagi!

Lestarikanlah budaya Melayu...

0 comments: